Senin, 05 Januari 2009

Biografi Kaka


Ricardo Izecson dos Santos Leite (lahir 22 April 1982 di
Brasília),
lebih dikenal dengan nama Kaká, adalah seorang pemain
bolasepak Brasil yang kini menyertai Kelab AC Milan
(bergabung tahun 2003; sebelumnya pada 2001-2003 di São
Paulo). Kaká umumnya bermain di posisi serangan ataupun
penyerang. Ia dikenal mempunyai dribble yang sangat baik
serta umpan-umpan yang akurat. Tinggi badannya ialah 186
cm.
Kaká berkahwin dengan Caroline Celico pada 23 Desember
2005 di sebuah gereja di São Paulo, Brasil.
Kaká dilahirkan di Brasília, Brazil pada 22 April 1982,
dia merupakan anak dari pasangan Simone Cristina dos
Santos Leite dan Bosco Izecson Pereira Leite. Kaká
mempunyai adik laki-laki, Rodrigo, yang dikenal sebagai
Digão, yang mengikuti langkahnya bermain bola di Itali.
Nama panggilannya Kaká, diambil dari bahasa aslinya,
Portuguese, yang diucapkan seperti ejaannya, dengan
penekanan pada suku kata kedua yang ditandai dengan
aksen. Itu biasa dipakai untuk menyingkat nama "Ricardo"
di Brazil, bagaimanapun juga, Kaká mendapatkan nama
panggilannya dari adiknya, Rodrigo, yang tidak pandai
menyebut "Ricardo" ketika mereka masih kecil. Rodrigo
memanggil abangnya "Caca" yang kemudian berganti menjadi
"Kaká".
Pada bulan September 2000, di usia 18 tahun, Kaká
mengalami ancaman pada kariernya dan kemungkinan patah
tulang belakang yang menyebabkan lumpuh sebagai akibat
kemalangan di kolam renang. Hal yang terburuk tidak
terjadi dan Kaká pulih sepenuhnya dari insiden itu. Dia
bersyukur kepada Tuhan atas kesembuhannya dan sejak saat
itu ia menyumbangkan penghasilannya untuk gerejanya.
1. Karier
1.2 Karier Kelab
Kaká menandatangani kontrak dengan São Paulo pada usia
15 tahun dan memimpin pasukan junior pada kemenangan
‘Copa de Juvenil’. Ia memulai debutnya di São Paulo FC
tahun 2001 ketika di berusia 18 tahun. Pada musim
Page 1 of 5 on Monday, January 05 2009 @ 20:33:50 MYT.
pertama, dia menyumbat 12 gol dalam 27 perlawanan dan 10
gol dalam 22 perlawanan di musim berikut. Pada usia 17
tahun, ketika ia masih dalam pasukan junior, Sao Paulo
berniat menjual Kaká ke pasukan dari Liga division 1
Turki, Gaziantepspor. Transaksi tidak terjadi, kerana
pengurus Gaziantepspor, Nurullah Sağlam menolak
untuk membayar $1.5 juta untuk pemuda 17 tahun itu.
Setelah menyertai dengan pasukan senior São Paulo FC,
penampilan Kaká berjaya menarik perhatian kelab-kelab di
Eropah.
Dia menyertai AC Milan dengan bayaran US $8.5 juta,
jumlah yang dianggap ‘sedikit’ oleh pemilik kelab Silvio
Berlusconi. Dalam sebulan, dia telah menyertai pasukan
utama dan sejak saat itulah ianya menjadi permulaan pada
kariernya. Kemunculannyanya di Serie A adalah ketika
Milan bertandang menentang Ancona dengan kemenangan 2-0.
Dia menghasilkan 10 gol dalam 30 perlawanan pada musim
itu, AC Milan memenangi Italian Serie A Championship dan
European Super Cup.
Kaká adalah bahagian inti dari lima orang pemain tengah
pada musim 2004-2005, biasa bermain dalam withdrawn role
dibelakang striker Andriy Shevchenko. Dia menyumbat 7
gol dalam 36 pertandingan liga dan juga memenangi
Italian Super Cup bersama dengan klubnya. Milan meraih
posisi kedua setelah Juventus di Seri A dan dalam partai
final dengan Liverpool pada adu penalti di UEFA
Champions League.
Salah satu gol Kaká yang sangat menakjubkan adalah
ketika melawan Fenerbahçe SK di perlawanan pertama AC
Milan dalam 2005-06 Champions League, menentang
Rossoneri dan menang 3-1. Gol itu membuatnya disamakan
dengan Diego Maradona kerana Kaká memulai lariannya dari
tengah lapangan dan melewati tiga tackling sebelum
memasuki kawasan penalti dan menyelesaikannya dengan
shot rendah di bawah penjaga gol Fenerbahçe, Volkan
Demirel.
Pada 9 April 2006, ia membuat hat-trick pertamanya dalam
pertandingan melawan Chievo Verona. Ketiga golnya
dihasilkan pada babak pertama. Pada 2006, Real Madrid
menunjukkan minat pada bintang 24 tahun ini, tetapi
Milan dan Kaká menolak. Kaká telah menandatangani
kontrak dengan Milan hingga 2011.
Pada 1 November 2006, AC Milan lolos babak penyisihan
UEFA Champions League setelah Kaká membuat hat-trick
Page 2 of 5 on Monday, January 05 2009 @ 20:33:50 MYT.
yang membantu teamnya menang 4-1 melawan RSC Anderlecht.
Ini adalah hat-trick keduanya di Milan dan hat-trick
pertamanya di peringkat Eropah.
1.3. Karier antarabangsa
Kaká melakukan debut antarabangsanya pada bulan Januari
2002 dalam perlawanan menentang Bolivia. Dia adalah
bahagian dari pasukan negara yang menang pada Piala
Dunia 2002 tetapi aksinya tidak terlalu kelihatan kerana
hanya bermain 19 minit di babak pertama menentang Costa
Rica. Pada tahun 2003, dia menjadi ketua pasukan dalam
Tournament Gold Cup di AS dan Mexico, memimpin Brazil ke
tangga kedua dan membuat gol yang menentukan dalam
perlawanan menentang Colombia. Setelah itu, dia beraksi
di Confederation Cup 2005, dengan Kaká mencipta gol
kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Argentina.
Dia berhasil mendapat tempat ke-10 dalam undian
penghargaan untuk FIFA World Player of the Year 2004.
Pada pemilihan tahun 2005, dia naik dua peringkat lebih
tinggi. Terakhir, ia membantu Brazil dalam penyertaan
pada Piala Dunia 2006. Kaká semakin matang sebagai
pemain dan dianggap sebagai salah satu pemain bolasepak
terbaik dari Brazil. Dia mencatatkan gol pertama Brazil
di Piala Dunia 2006 pada perlawanan menentang Croatia
pada 13 Jun 2006. Pada 3 September 2006 dia
menyumbangkan salah satu gol tercantik untuk pasukan
Brazil setelah melakukan umpan yang membuahkan gol
kepada pemain yang baru masuk, Elano. Kaká mendapat bola
dari pantulan corner kick Argentina, dan mengambil bola
dari ¾ lapangan lalu menyumbat gol. Pada 15 November
2006, Kaká dipilih sebagai ketua pasukan Brazil dalam
perlawanan persahabatan menentang Switzerland kerana
ketiadaan ketua pasukan Brazil sebelumnya, Lucio
disebabkan oleh kecederaan.
1.4. Piala Dunia 2006
Pada pertandingan pertama Brazil dalam Kumpulan F, Kaká
menyumbat gol di minit ke-44 saat melawan Croatia.
Sepakan kaki kiri dari jarak 25 meter membuat Brazil
meraih kemenangan 1-0. Media menganggap Kaká sebagai
satu-satunya anggota dari "magic quintet" – Adriano,
Kaká, Ronaldo, Robinho dan Ronaldinho –yang dihasilkan
dalam perlawanan itu. Dan juga ketika melawan Ghana dia
mencatatkan dirinya dalam sejarah dengan mengumpan
kepada Ronaldo, yang akhirnya menghasilkan gol sehingga
Ronaldo memecahkan rekor Gerd Müller, gol terbanyak di
Piala Dunia. Kaká ternyata tidak dapat meneruskan
Page 3 of 5 on Monday, January 05 2009 @ 20:33:50 MYT.
peluang ke perlawanan selanjutnya dan Brazil dikalahkan
oleh Perancis di quarter final.
Kehidupan peribadi
Kaká berkahwin dengan Caroline Celico di Gereja pada 23
Desember 2005, dua tahun setelah perpindahan Kaká dari
Sao Paulo ke Milan. Caroline dilahirkan pada 26 Juli
1987, anak dari Rosangela Lyra, direktor Dior di Brazil
dan Celso Celico, seorang pengusaha. Dia dan Kaká
bertemu pada tahun 2001 ketika ia masih seorang menjadi
seorang siswi dan Kaká masih bermain untuk São Paulo
Football Club. Perkahwinannya dihadiri 600 orang,
termasuk rakan-rakannya: Cafu, Ronaldo, Adriano, Dida,
Júlio Baptista dan juga pengurus Brazil, Carlos Alberto
Parreira.
Kaká adalah seorang penganut Kristen yang taat.
Dia dikenali suka memakai Christian gear dari dulu: dia
pernah memakai T-shirt dengan tulisan "I Belong to
Jesus" dalam beberapa pertandingan, seperti saat
meraikan kemenangan Brazil di Piala Dunia 2002, dan
perayaan Scudetto Milan pada Mei 2004. Dia menggunakan
kasut yang ditambah dengan tulisan pada lidah kasutnya.
Tiap kali ia menyumbat gol dia menunjuk dengan
jari-jarinya ke langit sebagai tanda terima kasihnya
kepada Tuhan dan mungkin ini yang pertama bagi seorang
pemain bolasepak yang di levelnya: Dia bangga bahwa dia
masih teruna ketika dia kahwin.(hehehe)
Anda perlu tahu bahwa tidak seperti kebanyakan pemain
bolasepak yang lain, minuman yang disukai Kakà hanyalah
air kosong dimana kebanyakan pemain lebih suka minum
minuman-minuman keras sambil berpesta di bar. Walau
pernah diejek rakan-rakannya, dia tetap berpegang pada
pendiriannya sehingga akhirnya dihormati teman-temannya,
kesukaanya mendengar musik gospel juga aneh di kalangan
pemain yang lain. Dia sangat mengidolakan penyanyi
gospel Brazil, Aline Baros. Hal ini pulalah yang dulu
membuat hubungan Kakà dan Andriy Shevchenko sangat
dekat, Shevchenko juga seorang peribadi religious
sehingga Kakà merasa begitu dekat dengannya, namun
hubungan itu telah terputus setelah Shevchenko pindah ke
Chelsea musim ini, tetapi Kakà masih berhubung dengan
Shevchenko. Kakà sangat menyukai warna putih yang
melambangkan kesucian serta ketulusan. Kakà sangat suka
berdoa, bahkan ia sering mengajak rakan-rakannya turut
berdoa. Kakà termasuk seorang yang menggilai kereta
Ferarri, ia suka dengan modelnya yang sporty dan elegan.
Page 4 of 5 on Monday, January 05 2009 @ 20:33:50 MYT.
Kakà juga meminati aktor Tom Hanks.
This article comes from Speedfinger.Org V3:
http://www.speedfinger.org/html/
The URL for this story is:
http://www.speedfinger.org/html//modules.php?name=News&o
p=NEArticle&sid=153
Page 5 of 5 on Monday, January 05 2009 @ 20:33:50 MYT.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar